Monday, October 31, 2011

Camilla & Gomez


Ni nama dia Gomez. Sebenarnya dia Semi-Long Hair tapi dalam ni tak nampak sangat bulu dia. Serious mamat ni memang lawa. Dalam picture ni dia memang nampak ganas macam nak bunuh orang je. Mana tak nya, dia tengah sedap tido, aku pergi heret dia suruh ambik gambar.

Dulu dia ada kembar. Joseh. Kalau Gomez ni black and white, Joseh tu orange and white. Tapi sekarang dia dah mati T_T
Entah kepala dia terketuk apa entah. Kucing ni memang, kepala terketuk sikit, terus mati. Sayang betul. Gambar Joseh ada dalam laptop lain. So kalau aku ada masa, aku upload lah.


(dalam gambar tu adik aku. dia tak bagi nampak muka dia)


This is Cams. Nama manja dia Cammy. Aku rasa nama dia Camilla.
Kwhat?

Macam ni. Kucing ni, kitorang adopt daripada makcik aku. Makcik aku tu nama dia Kamariah Sulaiman. Sebab tu boleh jadi Cams! Kalau aku tengah marah sangat, bila panggil dia buat bodo, aku jerit lah, KAMARIAHHHHHH!!!

Baru dia pandang.
PELIK K. PELIK GILA.

Wo Jia Tze Lin

Korang mesti tertanya-tanya. Pehal dengan title post aku kali ni? Ok. So cerita dia macam ni.

                       Once upon a time, on a bright and sunny day.................


COP!

Jaja dah mula mengarut dah ni. Macam ni. Hari ni minggu ke-4 habis PMR. Memang kitorang tak tahu nak buat apa. So harini, counselor upah cikgu luar untuk ajar kitorang MANDARIN. 

Aku sebenarnya dah pernah belajar Mandarin. Masa darjah satu, aku sekolah Kwang Hwa, yang terletak di kawasan perumahan Indera Mahkota 14. Mak aku kata, kalau aku besar sikit, boleh naik basikal je pergi situ. Tapi masuk je bulan April 2003, aku dah tak tahan, cina-cina tu buli aku macamlah aku ni bodoh gila nak mampos -.- eeee kalau boleh rasa nak cari balik bebudak tu and balas balik perbuatan diorang. I want them to have a taste of their own medicine. Takpe, aku baik. Lupakan yang keruh ambil yang jernih. *muntah kejap, sebab Jaja bukannya baik*

Semua yang nak belajar mandarin kena pergi masuk kelas B. Haha naik taraf lah kiranya ni. Aku memang tak pernah visit kelas orang. Asyik stay kat kelas D je. Nak melawat kelas orang segan -.-  Tapi Jaja ni kalau ada dalam kelas sendiri, dia lah yang jadi monyetnya.

Crowded gila kot kelas B. Tapi yang 'rajin' masuk kelas mandarin ni pun sebenarnya kena paksa. Yang kena paksa adalah sesetengah kelas D, paling ramai kelas B and budak J yang berminat. Aku tau, pelik kan? So ada lah cikgu ni, Ms Kohr (tak silap aku la, sebab bila dia ajar Bahasa Cina je, memang aku terus lupa nama dia.) Muda lagi cikgu ni. So apa lagilah, Kimi and the Geng memang sukaaaaaaaaa :P

Mula mula belajar yang simple dulu. Nama saya adalah Jia Tze Lin. Sebenarnya that's chinese for Jarzreen. Tak silap aku la. Sebab masa darjah satu, cikgu cikgu kat sekolah cina tu pun panggil aku Jia Tze Lin. Ms Kohr pulak tanya.

Ms Kohr : Eh you punya nama apa?
Me : Jarzreen, lao shi. (wuwuwuwu nasib baik aku ingat 'laoshi' maksudnya 'cikgu')
Ms Kohr : *pandang nametag aku lama gila* Macam mana nak pronounce? You punya nama English name eh?
Me : *terdiam sebab aku pun tak tahu nama aku ni bahasa apa. nak kata melayu, bukan sangat, nak kata English, tak pernah pulak dengar. tapi aku still suka nama aku. haha* Errr, tak tahulah, laoshi. Mix kot. Haha
Ms Kohr : *smiles, nodnod, lepastu pergi fork out some mandarin out of Yasmin.* Ok.

Kitorang belajar banyak lagi lah. Saya nak makan nasi lah, ini lah itu lah. Tapi lepas keluar daripada kelas tu, aku terus lupa. Huahuahuah. Takpe, lepas ni pergi Popular, beli buku Bahasa Cina.

Yasmin kata dia benci aku sebab aku boleh pronounce Mandarin. So I told her, "Mata sepet comes with its own lidah."

THEN SHE PINCHED ME. SCREW YOU YASMIN.

Ok lah, sekarang ni aku nak masuk Facebook. Nak mintak tolong si Syamila ni. Dia tu dulu sekolah Pei Chai. Mandarin dengan English bapak star nya!

Aku ni apaaaaa lah. Semua benda tak pandai. Huahuahuah.

Thursday, October 20, 2011

Guess what I'm doing now?

Playing Barbie with Nasrul.
Evidence : 


THIS IS WHY HE'S MY KACIP RAPAT.
HAHAHA. HE'S SUPER SPORTING KOTTT

Kbye we're playing Princess Dress Up


HAHAHAHAHAHA.
He rocks K.

Friday, August 26, 2011

Kurang ajar punya Google Chrome

GOOGLE CHROME KATA AKU TULIS DALAM BAHASA INDON?

SAYA MERUPAKAN ANAK MALAYSIA!

Serious, terasa hati gila kot.
Mulai saat ini, saya akan menulis dalam Bahasa Melayu dan saya akan cuba untuk menggunakan ayat yang gramatis. Lagipun, sekarang merupakan bulan kemerdekaan. Saya perlulah menunjuk semangat cintakan tanah air saya.

SAYA SAYANG MALAYSIA.
MERDEKA!

Semangat! Semangat! Semangat!

SATU MALAYSIAAAAA! <3

*Apa benda lah yang Jaja tengah hyper sangat ni.*

Aku suka Trial.

Well, sekolah aku buat trial sampai dua kali. Firstly Trial SMART, which is 2 times harder than Trial JPN. Tapi yang peliknya, aku boleh skor trial SMART. Trial JPN, hampehhhh. Eh tak sebenarnya aku pun tak tahu trial JPN aku dapat berapa, sebab sekolah aku bukannya ambik kira trial JPN. Yang kena ambik kira adalah trial SMART. Nasibbbbb.

Bolehla tahan Trial SMART, ada jugak dapat 5 A . Bengong Jaja, ni bukannya UPSR ambik kira 5 subjek je.
"Dah 3 lagi subjek Jaja dapat apa? B ke?"
Takkkk.


Saya dapat C.
Mak aii.

5A 3C.
Wahaiiiii.

Kenapalah tiada B?
Alahaiiii.

Study ke tak ni?
Sakaiiii.

Aku tengok kawan-kawan aku daripada sekolah lain semuanya terer-terer belaka. Kalau tak straight A's, mesti 7A 1B. Terer jugak tu kan? Heck, kawan-kawan sekelas aku pun terer belaka.

Tapi yang aku pelik (frust, sedih, meraung, marah, bengang dan perasaan yang sepertinya), aku study Sejarah sampai buku latihan tak terkira! Tapi still dapat C! Hampehhh!
Takpe, takpe. At least aku tak fail. Alhamdulillah D pun dah hapus. Tapi yang guru kelas pelik dengan aku, B takde, C yang belana.

Soooo, Geography, Sejarah and Science, when are you going to start cooperate with me?
Now?
Eh, raya ketiga lah. Bagilah aku raya dua hari dulu.

Tuesday, July 19, 2011

Mek Donel . Mek Donel.

Adik sedara aku yang umur 4 tahun tu kena Chicken Pox. Habis muka dia :( Lepas tu, budak ni tak boleh makan benda-benda tumis and berminyak. So mak aku, selaku mak sedara dia, pergi lah beli McD.

PERGHHH BAPAK BEST NYA.
Tapi, mak aku balik dengan Sundae Chocolate dengan Shake Shake Fries :D
Tapi semua adik aku conquer.
Tau tak dia bagi aku bende?


Aiskrim tu dia makan nak habis dah baru je bagi aku. T____T redha je la, jaja.

Shake Shake Fries tu nak tahu dia bagi aku berapa?


Muka habis tak redha langsung. Cube tengok tu, korang boleh KIRA dengan SATU TANGAN untuk tahu berapa batang Fries je dia bagi aku.

Dasar kedekut tahi hidung masin punya budak.
Hahah Jaja, jaga sikit bahasa tu. Kau tu dah lah perempuan, tengah makan pulak tu.
Eh tapi itu pepatah kan?
Pepatah kepala hotak kau, Jaja.

Ok lah, aku nak bedal Sundae ni sampai habis. Lepas tu aku nak hempuk adik aku sampai dia bagi aku fries lagi.

Bye :)


Saturday, July 16, 2011

Bibik aku rock T___T

Korang tau tak tadi, aku nak send text dekat Biela. So aku type lah nama dia.

Belum habis aku type B.I, dah ada nama yang keluar. So aku tekan la, sebab aku ingatkan nama Biela. Siapa lagi dalam contacts aku yang ada B.I.

Pastu, sebelum aku sempat tekan 'Send', nasib baik aku nampak yang sebenarnya aku tertekan nama 'BIBIK'. PERGH. Nasib baik sempat undo, kalau tak, Bibik aku tau rahsia aku! Oh no, no no no no.

Lepas tu, baru aku sedar yang nama Bibik ada atas nama Biela.

Takpe. Takpe. Nanti aku tukar nama diorang.
Oh yeah, tau tak. Bibik aku punya phone kan, punya lah canggih. Pelik bebenor aku. O.o Phone aku pun setakat Qwerty keypad je. Dia punya touchscreen! Nenek aku punya yang RM99 ringgit tu, dia punya heret jauhhhh sampai RM 700. Lagu dalam handphone aku 2/3 lagu English, lagu dalam dia punya phone.... SEMUA DANGDUT!

Macam mana aku tahu ni? Haaaaa. Sebab haritu, aku curi-curi tengok phone dia. SMS dia memang aku tak tengok, sebab bahasa Indon mana aku faham T_T
So aku bantai pergi tengok music dia.

Biar lah, dia guna duit dia jugak kan? Bukannya aku yang rugi.
Tapi yang aku tak tahan, kadang-kadang dia tu SMS 24/7 !
T__________T
Pastu aku tengok, bila dia dapat mesej, senyum dia melereeeeet jauh! :D :D :D

Aku tak tahu kenapa aku cakap pasal ni. Aku tengah bosan sebenarnya. Biela punya SMS pun aku tak balas lagi.
Lantak ah, nak pergi tusyen ni.
CIAO BRO.